PENGUMUMAN PENTING

  1. No. Hakmilik / No. Akaun boleh dirujuk pada Bil Cukai Tanah semasa.
  2. Tutup 'Pop-Up Blocker' pada pelayan web (web browser) anda sebelum membuat pembayaran.
  3. Caj Perkhidmatan sebanyak RM 0.50 akan dikenakan kepada pembayar yang menggunakan akaun persendirian manakala RM 1.00 kepada pembayar akaun perniagaan setiap kali membuat bayaran.
  4. Pembayar dimestikan mencetak resit bayaran yang dikeluarkan oleh PTG Kedah. Resit ini adalah sah dan boleh digunakan sebagai bukti bayaran.
  5. Waktu operasi perkhidmatan ini adalah 24 jam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am. Maksimum bayaran online adalah RM30,000 per hakmilik.
  6. Bayaran Cukai Tanah Negeri Kedah Secara Online adalah melalui FPX (Financial Process Exchange).
  7. Pihak PTG Kedah tidak akan membuat bayaran balik kepada pembayar jika bayaran cukai yang dibuat melalui transaksi online ini melebihi daripada amaun cukai patut bayar dalam tahun semasa. Lebihan bayaran tersebut akan dikreditkan untuk bayaran cukai tahun berikutnya.

Sebarang masalah sila hubungi PTG Kedah di talian 604-702 8008 atau e-mail ke aduanptg@kedah.gov.my.


Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
© 2022